Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang di proses tanpa menggunakan haba atau kimia, dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa yang mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang boleh mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah dan membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.
Kajian ke atas minyak kelapa dara ini telah di lakukan oleh pakar-pakar dari negara barat sejak awal tahun 1930-an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di kepulauan pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk kepulauan pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
No comments:
Post a Comment