Wednesday 11 December 2013

KANDUNGAN MINYAK KELAPA DARA & KEBAIKAN

Karakter fizikal minyak kelapa dara adalah tidak berwarna dan mempunyai rasa dan bau yang enak. Minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi haruslah sejernih Kristal.

Berikut adalah kandungan minyak kelapa dara:
  • Saturated fatty acid (asid lemak tepu) – Kebanyakkan adalah MCT (Triglycerides Rangkaian Sederhana) yang akan melalui proses penghadaman dengan baik. Asid laurik adalah penyumbang utama dengan lebih 40% dan selebihnya adalah Asid Kaprik, Asid Kaprik, Asid Myristik dan Palmitik
  • Asid Lemak Poli Tidak Tepu : Asid Linoleic - Asid lemak yang penting ini kesemuanya adalah Omega-3, Omega-6, Omega-9 dan asid lemak methylene-interrupted.
  • Asid Lemak Mono Tidak Tepu : Asid Oleic - Ini dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah dan secara langsung dapat mencegah daripada penyakit jantung dan strok. Ia juga membekalkan nutrien yang membantu untuk mengekalkan dan merangsang sel dalam tubuh.
  • Poly-phenols : Asid Galik iaitu Asid phenolik - Poly-phenols adalah kandungan yang menghasilkan aroma dan rasa minyak kelapa dara
  • Vitamin E, Vitamin K dan mineral seperti zat besi - Vitamin E amat penting untuk sel dan kulit kita kerana:
  1. Mengandungi antioksidan
  2. Membantu untuk menjana fungsi vitamin A
  3. Merawat kebanyakan penyakit kulit
  4. Mengekalkan kesimbangan kulit
  5. Merupakan elemen anti-penuaan dengan membekalkan kelembapan kepada sel dan kulit

KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara mempunyai banyak kebaikan, antaranya adalah:
  • Anti-penuaan
  • Menyiembangkan badan sekaligus mendapat berat badan yang ideal
  • Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh badan
  • Membunuh organisma perosak seperti virus, bacteria, kulat dan protozoa(cacing)
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mengurangkan kandungan lemak badan
  • Melindungi tubuh daripada serangan kanser
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Memperbaiki hubungan suami isteri dan juga sebagai pelincir
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
  • Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
  • Melembut dan mengurangkankan kekeringan dan kekenduran kulit
  • Mengatasi masalah monopaus
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
  • Melegakan pernafasan
  • Melembapkan dan menggebukan kulit


No comments:

Post a Comment